Hebat perlawanan petang ni!! Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia...walaupun hanya 3 tetapi memberikan satu perlawanan yang hebat. Kalah kita bermaruah!! Tahniah kepada kapten Malaysia -safiq dan Safee sali ..kerana menjaringkan gol untuk negara. Stadium Bukit Jalil penuh dengan penyokong Liverpool tapi sorakan untuk pasukan Malaysia tetap berkumanadang setiap kali gol dijaringkan oleh hero-hero harimau malaya....
safiq
Dulu aku bukannya penyokong bola malaysia sangat tetapi semenjak ni..aku rasa teruja untuk me nyokong pasukan kita. Mungkin kerana latihan dan hala tuju yang jitu diberikan oleh Rajagopal menyebabkan pasukan Malaysia sekarang semakin menyerlah di persada bola sepak dunia. Aku masih ingat lagi...tahun 1980an dulu sewaktu aku darjah 2..atau 3..Piala Malaysia dimenangi oleh negeri Pahang..waktu itu Dollah Salleh, Zainal Abidin antara nama yang hebat. Kemenangan Pahang telah disorak oleh penyokong-penyokong Pahang sehinggakan pemain-pemain ini disorak kegembiraan bila melalui setiap daerah di Negeri Pahang. Abang-abang aku penyokong tegar jadi aku termasuk diantara peminat yang menunggu di tepi jalan untuk melambaikan tangan tanda sokongan...
Situasi kemenangan itu sudah lama tidak dirasai mungkin kerana Pahang bukan lagi menjadi pasukan terhebat..mungkin!! Walau apapun..aku semakin teruja dengan Pasukan Malaysia..harap 21 Julai 2011 ini perlawanan persahabatan bersama Chelsea memberikan satu corak perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para penyokong Harimau malaya...kemenangan itu satu bonus tetapi sebenarnya aku dan juga peminat-peminat lebih mengharapkan corak permainan yang hebat dan bermaruah dari mereka ini...MALAYSIA BOLEH!!
tahniah malaysia!! terbaik!!
ReplyDelete