Tuesday, July 26, 2011

Cerita benar cerita kawan

Ini aku nak kongsi satu cerita yang aku dengar dari kawan aku. Entahlah tergerak untuk aku bercerita kerana mungkin menjadi satu pertanyaan dan mungkin ada satu jawapan bagi cerita ini. Kisah ini berlaku di sebuah kampung di pantai Barat Malaysia. Si suami (A) ini telah mengawini isterinya (B) beberapa tahun yang lalu kerana kesian dengan kisah isterinya ketika itu janda beranak satu yang selalu didera oleh bekas suaminya. Anaknya turut dipukul sehingga lebam dan membuatkan si A ini berasa kasihan dan sanggup menerima B dan anaknya menjadi isteri yang sah. B telah mempunyai anaknya ini hasil dari ketidak relaannya di rogol ketika berusia belasan tahun. Maka dengan restu kedua belah pihak, A dan B disatukan dengan perkahwinan yang sah. B telah duduk di rumah ibu A . Walaupun pada peringkat awal ibu A kurang menyenangi B tetapi disebabkan desakan A yang berjanji akan membawa B jauh dari kehidupan sosial dan masa silamnya yang telah dinodai, ibu A menerima B dan anak seadanya. Anak si B telah ditolong oleh si Ibu A daftarkan di sekolah baru walaupun tak dapat diterima kerana status anak yang bukan sah, menyebabkan si ibu A ini turun naik ke Jabatan pendidikan dan pihak sekolah meminta tolong dan akhirnya anak tersebut diterima. Ibu A telah merancang pelbagai cara untuk membentuk B menjadi gadis yang baik dan menjadi ibu yang bertanggungjawab. Masak , makan, minum semua ditanggung oleh ibu A.

Hasil dari perkahwinan A dan B, mereka dikurniakan 3 orang anak dan setiap kelahiran tersebut,si B telah memujuk ibu A untuk menanggung bil rawatan di pusat rawatan swasta yang mencecah ribuan ringgit pada setiap kelahiran. Si ibu A dengan niat ingin mengambil hati sanggup membayar bayaran tersebut dan mengotakan setiap impian B . Ibu A tidak tahu sebenarnya B berniat jahat pada setiap perbuatannya kerana B berniat untuk menguasai kekayaan ibu A secara halus. Melihatkan setiap permintaannya dilayan, B naik kepala dan bersikap seperti boss didalam rumah A sehingga A dan ibu A tunduk kepada B. Ibu A dipaksa menjaga kesemua anak-anaknya dan dia hanya tidur sahaja. Anak  B setiap pagi, makanan dan buku sekolahnya dibuat dan dibayar oleh ibu A. B juga membawa ibunya ke rumah A dan mereka akan bergembira didalam bilik sambil bercerita-cerita sambil membiarkan anak-anaknya dijaga oleh ibu A dan makanan pun disediakan oleh ibu A. Herankan..ada ibu ditarik hidung oleh menantunya sehingga demikian rupa..bila ditegur, semuanya B betul..takda silapnya.

Bila anak-anak kecil B ni dah semakin membesar, B memberitahu A dan ibu A bahawa dia ingin kerja untuk tambah duit. Ibu A membenarkannya kerja dengan semua anak-anaknya dijaga olehnya. B sangat happy dan hidup dia seperti anak dara kembali..pergi pagi, balik malam. Minggu berganti minggu, Ibu A menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sudah tidak larat menjaga anak-anaknya kerana terlalu letih dan tiada masa untuk rehat. B mengamuk dan mengherdik ibu A tetapi si A hanya diam sahaja , tidak marah langsung kepada perlakuan B. Keluarga A sudah masuk campur dan porak perandalah seisi keluarga disebabkan B. B dengan angkuhnya telah meninggalkan rumah A bersama-sama anak-anaknya dan A sekali balik ke rumah ibu B. Dengan muka tidak malu, B telah menyuruh A membawa sekali semua permainan, baju , tilam, carpet milik ibu A ke rumah ibu B. Si A tanpa rasa bersalah mengikut sahaja permintaan B. Kereta yang dibawa oleh A adalah dibeli oleh ibu A untuk keselesaan mereka sekeluarga tetapi B dengan bangga mengatakan kereta itu dia punya dan A hanya menumpang sahaja nanti bila lesen memandu telah diperolehinya.

TIBA-TIBA....pada satu hari keluarga A menerima panggilan dari seorang lelaki (C).Suara lelaki ini begitu ketakutan dan terdesak untuk menemui keluarga A bagi menceritakan kisah B. Pertemuan C dan keluarga A telah membuatkan satu keluarga tersentap dan terkejut. Satu pengakuan dari C mengatakan B telah mengandungkan anak C hasil dari hubungan sulit B semasa bekerja dulu. Ibu A menangis mengeluarkan air mata kerana dalam tempoh kepayahan beliau menjaga anak-anak B, B telah melakukan satu hubungan terlarang hingga menghasilkan anak tanpa sah dari rahimnya buat kali ke-2. C membuat pengakuan kerana telah ditipu oleh B kerana B telah mengaku padanya bahawa dia dalam proses cerai dengan A dan 1001 cerita palsunya. Ribuan duit telah dihabiskan oleh C kepada B kerana kesian. C bukanlah lelaki kacak dan umurnya pun telah lanjut jadi apabila diberikan cinta pertama, C ingatkan B adalah cinta sejatinya kerana boleh menerima kekurangan C.

TETAPI...B hanyalah ingin mengikis duit dan harta C sahaja. C rasa bersalah kerana telah menjalinkan hubungan terlarang bersama B dan sanggup bertanggunjawab walau bagaimanapun B tidak mahu mengugurkan kandungan hasil hubungannya dengan C dan menganggap anak tersebut adalah hasil perkahwinannya dengan A. A tidak mengetahui perkara ini lagi kerana dia telah menganggap keluarganya hanya mereka cipta keburukan B ..............kawan-kawan..apa komen u all tentang perkara ini..apa solution yang terbaik????

Friday, July 22, 2011

CHELSEA 1 : MALAYSIA 0


Chelsea!! Chelsea!! Aku peminat Chelsea termasuk anak aku..malam tadi Drogba telah menjaringkan gol kemenangan. Permainan Chelsea memang di tunggu-tunggu walau apa pun, Malaysia tetap hebat kerana hanya membenarkan 1 jaringan saja dari Chelsea. Pada minit terawal permainan, Chelsea terus menyerang Malaysia dengan serangan hebat dari Torres tetapi pertahanan Malaysia sedaya upaya mengukuhkan benteng pertahanan. Aksi pemain-pemain Kuning Hitam ni semakin bagus, mungkin satu hari nanti ada antara pemain tempatan yang akan dipilih menyarung jersi untuk kelab-kelab hebat Eropah. Kadangkala terfikir juga , pemain seperti John Obi Mikel dari Nigeria walaupun dilahirkan dari Negara Nigeria yang dunia tahu antara negara miskin serta kekeringan dan terdapat masalah kebuluran tetapi telah melahirkan seorang pemain yang hebat untuk Chelsea. Jadi tiada apa yang mustahil untuk anak-anak Malaysia...jika ada kemahuan..pasti ada jalan..!!!! Hebat Harimau Malaya...Hebat Chelsea!!!...
just lin..

Thursday, July 21, 2011

Selamat Hari Jadi Ayahku


Selamat Hari Jadi ayahku yang ke 74 tahun. Semoga Allah panjangkan usia abah dan dimurahkan rezeki. Minggu ni aku akan balik kampung bersama keluarga untuk menjenguk abah dan mak dan seterusnya meraikan Hari Jadinya. Aku amat bersyukur kerana masih ada abah lagi yang boleh berkongsi suka dan duka....Banyak yang boleh dipelajari dari pengalaman beliau...sayang abah!!



Wednesday, July 20, 2011

Windows Movie Maker

Hari ini aku dapat belajar buat Windows Movie Maker guna Microsoft Vista. Wow...dari semalam baru siap hari ini tapi untuk tolong assignment anak darjah 5!! Hebatkan sekarang budak-budak nie...
Dulu masa aku darjah lima...semua ni tak terlintas langsung nak guna. Pasal Video dan gambar-gambar ni tak masuk dalam agenda kehidupan sebab masa tu..apa yang penting permainan Main Tayang, Main Batu Seremban, kayuh basikal keliling kampung dan main pondok-pondok...
Masa tu kat kampung aku..sibuk dengan kemunculan basikal BMX.. wahh!! siapa yang ada masa tu kira hebat...ronda satu kampung!! Aku bersekolah sekali dengan Azhar Sulaiman..dia memang hebat sebagai pelumba basikal jadi memang terkenallah zaman tu...
Aku dapat basikal BMX warna merah, kongsi dengan adik.Petang-petang apa lagi merayaulah kat kampung cari kawan ajak main. Best kalau ingatkan zaman sekolah dulu...tak pening-pening kan mak ayah dengan kerja sekolah tapi sekarang...emm kerja sekolah semuanya hebat..menggunakan komputer so kalau mak ayah tak tau...macamana kan???

Saturday, July 16, 2011

MALAYSIA 3 - LIVERPOOL 6

Hebat perlawanan petang ni!! Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia...walaupun hanya 3 tetapi memberikan satu perlawanan yang hebat. Kalah kita bermaruah!! Tahniah kepada kapten Malaysia -safiq dan Safee sali ..kerana menjaringkan gol untuk negara. Stadium Bukit Jalil penuh dengan penyokong Liverpool tapi sorakan untuk pasukan Malaysia tetap berkumanadang setiap kali gol dijaringkan oleh hero-hero harimau malaya....

                           
                                                                safee sali..
safiq

Dulu aku bukannya penyokong  bola malaysia sangat tetapi semenjak ni..aku rasa teruja untuk me nyokong pasukan kita. Mungkin kerana latihan dan hala tuju yang jitu diberikan oleh Rajagopal menyebabkan pasukan Malaysia sekarang semakin menyerlah di persada bola sepak dunia. Aku masih ingat lagi...tahun 1980an dulu sewaktu aku darjah 2..atau 3..Piala Malaysia dimenangi oleh negeri Pahang..waktu itu Dollah Salleh, Zainal Abidin antara nama yang hebat. Kemenangan Pahang telah disorak oleh penyokong-penyokong Pahang sehinggakan pemain-pemain ini disorak kegembiraan  bila melalui setiap daerah di Negeri Pahang. Abang-abang aku penyokong tegar jadi aku termasuk diantara peminat yang menunggu di tepi jalan untuk melambaikan tangan tanda sokongan...
Situasi kemenangan itu sudah lama tidak dirasai mungkin kerana Pahang bukan lagi menjadi pasukan terhebat..mungkin!! Walau apapun..aku semakin teruja dengan Pasukan Malaysia..harap 21 Julai 2011 ini perlawanan  persahabatan   bersama Chelsea memberikan satu corak perlawanan yang dinanti-nantikan oleh para penyokong Harimau malaya...kemenangan itu satu  bonus tetapi sebenarnya aku dan juga peminat-peminat lebih mengharapkan corak permainan yang hebat dan bermaruah dari mereka ini...MALAYSIA BOLEH!!

Friday, July 15, 2011

MAKAN-MAKAN ( POT-LUCK)

EMMM...kenyang nya hari ini. Ada aktiviti "pot-luck" ( setiap orang bawa makanan-makanan sendiri dan kongsi bersama dengan kawan-kawan) dengan rakan sekerja. Aku bawa bihun goreng...pukul 5 pagi tadi sempat juga untuk memasak 1/2 jam dengan 2 bungkus bihun. Ramai yang bawa dengan pelbagai juadah macam nak menyambut Raya pula...


Dengan satay, Spaghetti, Bubur kacang dengan durian, roti jala, pengat pisang..kek..wahh..rezeki hari ini memang menyelerakan!!..Kekadang terfikir juga...rasanya kalau diamalkan tradisi "Pot-luck" ni..boleh juga membantu mereka-mereka yang kesempatan kewangan di tengah bulan. Rasanya kalau kita berkongsi makanan dan rezeki, insya-allah ALLAH akan berikan lebih lagi dari apa yang disedekahkan. Kita rakyat Malaysia ni boleh lagi dikategorikan dikalangan mereka yang beruntung. Lihat kepada sedutan Majalah 3 minggu lepas tentang kemiskinan dan kedaifan rakyat Kemboja dan Vietnam...kita patut bersyukur!! Mereka hidup kais pagi makan pagi dengan purata pendapatan menjual gula nipah sekitar RM15 sehari..mampu tersenyum bila menghadap rezeki bersama keluarga.Alhamdulillah.....
Rasanya kita patut ajarkan keluarga kita bersyukur dengan rezeki di depan mata....Insya-allah kalau rezeki itu berkat..yang sikit pun akan mengenyangkan yang ramai....
Sebenarnya..tradisi POT-LUCK ni lahir dari mana? Ada mengatakan ianya tradisi dari rakyat Amerika..dan ada yang menyatakan ianya dari Indonesia..?? Walau dari mana tradisi ini tak penting ..tapi yang pentingnya persaudaraan dan ikatan persahabatan dapat dieratkan.. Betul tak kawan-kawan!!!

Thursday, July 14, 2011

NASI LEMAK TEH O

Hi kawan-kawan....
Nasi Lemak Teh O....hehehe!!! blog kita untuk cerita-ceriti apa yang berlaku disekeliling kita.Macam pagi-pagi kita bersarapan...kita cerita-cerita apa yang berlaku semalam dan dulunya..Banyak topik yang boleh kita share bersama...Tapi sorry yerr kawan-kawan...chat kat sini takda NASI LEMAK... :)