Monday, August 15, 2011

PERFECT MATCH ( LIN DAN - LEE CHONG WEI)


PERFECT MATCH!!! Kejohanan Dunia malam tadi memang hebat!! BANGGA dengan Dato Lee Chong Wei walaupun kalah di tangan Lin Dan tetapi ianya adalah satu kekalahan yang berMARUAH!! Aksi hebat Chong Wei menangkas bola tangkis Lin Dan dari celah kelangkangnya..wow ..Brilliant!!! Hebat....
Cuma kemenangan tidak berpihak kepada Raking No. 1 Dunia ni...tetapi adatlah kan setiap perlawanan ada kalah dan menang....lagipun tahap Chong Wei yang hanya kalah tipis kepada Lin Dan mencerminkan kehebatan dua jaguh dunia ini...
Lin Dan memang tidak dinafikan hebat...dengan gayanya yang selalu bermain depan Net banyak memerangkap Chong Wei...4 kali Juara Dunia..,memang satu yang perlu dibanggakan oleh Negara China.
Apa-apapun... kita perlu berbangga juga bila masa pemberian Medal...BENDERA MALAYSIA dinaikkan bersekali dengan Bendera China dan Denmark... mungkin ini salah satu hadiah untuk menyambut Hari Kemerdekaan kita....
Walau bagaimanapun TAHNIAH DATO' LEE CHONG WEI.....MALAYSIA berbangga denganmu...HEBAT!!
just lin..

Friday, August 5, 2011

APALAH..ISTERI KAPTEN SINGAPURA!!!



ALAHAI...PEREMPUAN INI...bukan dia pun yang main bola, lakinya yang jadi Kapten Singapura , kenapa pulak dia mengata orang macam Monyet? Tak professional langsung. Kalau setakat jadi Kapten Singapura tapi kena bola sikit & terantuk ..asyik lengahkan masa..sakit kepalalah, sakit kakilah...Pirahhh!!! Hebat sangat ke laki dia tu sampai nak mengata Safee Sali dan Amirulhadi monyet? Ini baru main kat Singapura , belum lagi laki dia mewakili Kelab-kelab Eropah seperti MU ke..Chelsea ke...dah tentu dia panggil Drogba tu monyet juga kalau laki dia kena hentam....emmmm ini macam punya perempuan pun ada...agaknya dia ingin mengalahkan Victoria Beckham kot!!!! haiii...cerminlah muka tu dulu sebelum kata orang monyet!!!


                                           agak-agaklahhh....wahai isteri Kapten Singapura!!!

just lin..

Wednesday, August 3, 2011

SALAM RAMADHAN

Para pembaca blog aku "selamat menyambut bulan ramadhan". 2,3 hari aku tak up-date blog sebab tiba-tiba demam dengan tonsil yang bengkak. Sakit sendi seluruh badan walau apapun aku tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Sebut pasal bulan puasa ni, kita semua digalakkan untuk perbanyakkan amal-ibadat kerana bulan ini adalah bulan seribu rahmat. Setiap malam masjid senantiasa penuh dengan jemaah yang ingin menunaikan solat terawih serta hidangan-hidangan moreh...Indahnya di bulan Ramadhan ini!! 

Tetapi di sini aku ingin memperkatakan tentang PASAR RAMADHAN..terlalu banyak pasar ramadhan pada bulan puasa  tapi untuk tahun 2011 ini terasa kenaikan pada harga kuih dan lauk-pauk serta air. Dua hari lepas aku pergi pasar ramadhan Setiawangsa, harga ayam percik dulunya RM5 untuk dada dah naik ke RM6 seketul. Bayangkan kalau keluarga tu ada 6 orang anak..beli 6 ketul dah jadi RM32 ...beli tiga pun dah RM18 , boleh dapat harga ayam mentah seekor...Emmm....mahalnya..tapi nak taknak aku pun beli juga, 1/2 jam baru dapat....penat puasa dan penat menunggu!!! Popia goreng pun dah naik harga 5 ketul harganya RM3 ..tahun lepas 5 ketul hanya RM2...
Semua barang dah naik harga ...tapi kalau penjual-penjual maintainkan saiz takpa..ni harga naik, saiz pun di kecilkan juga, rasa tak berbaloi. Agar-agar pun yang saiznya kecik jerr besar sikit dari duit 50 sen pun naik harga 40 sen sebiji. Aduhh..kalau sedap takpa...bila balik nak makan buka puasa..rasanya Ya Allah....tak dapat ditelan!! 



Masa nilah teringat kat kampung, masak dengan emak dan kakak-kakak...rindu rasanya. Hari-hari ada saja menu yang sedap emak masak dan kami adik-beradik akan menolong . Masa zaman tu..tiada lagi istilah pasar ramadhan, semua ibu-ibu yang bekerja atau surirumah memasak di rumah untuk berbuka puasa. Aku rasa semuanya sempat dan masa bulan puasalah boleh berjimat tetapi sekarang....dah berubah, masa bulan puasalah perbelanjaan untuk makanan naik 100%..kalau habis takpa tapi selalunya makanan terakhir hanyalah ke bakul sampah...Bayangkan..kalau sehari kita berbelanja..contohlah kalau sehari kita beli : ayam percik 2 
( rm12), kuih 5 ketul ( RM3), ayam goreng 3 ketul ( RM9), murtabak 2 ( RM4), air sebekas ( RM4)..jumlah RM32 sehari ..dan purata untuk 30 hari dengan anggaran rm32 sehari = RM960 ...Masyaallah..hampir RM1000 perbelajaan kita...
Jadi kawan-kawan semua, cubalah berjimat di bulan puasa nie...kalau sempat memasak - untuk ibu-ibu bekerja tu..masaklah di rumah , lagi bersih dan keberkatan tu lebih lagi...!! Beli saja di pasar ramadhan untuk makanan yang berpatutan !! JANGAN IKUT  NAFSU KITA...kerana bulan Ramadhan ni Syaitan diikat jadi NAFSU tulah yang dijadikan syaitan tongkatnya untuk menghasut kita di bulan puasa ini....
Apa-apa pun selamat berpuasa semua...!!!


Tuesday, July 26, 2011

Cerita benar cerita kawan

Ini aku nak kongsi satu cerita yang aku dengar dari kawan aku. Entahlah tergerak untuk aku bercerita kerana mungkin menjadi satu pertanyaan dan mungkin ada satu jawapan bagi cerita ini. Kisah ini berlaku di sebuah kampung di pantai Barat Malaysia. Si suami (A) ini telah mengawini isterinya (B) beberapa tahun yang lalu kerana kesian dengan kisah isterinya ketika itu janda beranak satu yang selalu didera oleh bekas suaminya. Anaknya turut dipukul sehingga lebam dan membuatkan si A ini berasa kasihan dan sanggup menerima B dan anaknya menjadi isteri yang sah. B telah mempunyai anaknya ini hasil dari ketidak relaannya di rogol ketika berusia belasan tahun. Maka dengan restu kedua belah pihak, A dan B disatukan dengan perkahwinan yang sah. B telah duduk di rumah ibu A . Walaupun pada peringkat awal ibu A kurang menyenangi B tetapi disebabkan desakan A yang berjanji akan membawa B jauh dari kehidupan sosial dan masa silamnya yang telah dinodai, ibu A menerima B dan anak seadanya. Anak si B telah ditolong oleh si Ibu A daftarkan di sekolah baru walaupun tak dapat diterima kerana status anak yang bukan sah, menyebabkan si ibu A ini turun naik ke Jabatan pendidikan dan pihak sekolah meminta tolong dan akhirnya anak tersebut diterima. Ibu A telah merancang pelbagai cara untuk membentuk B menjadi gadis yang baik dan menjadi ibu yang bertanggungjawab. Masak , makan, minum semua ditanggung oleh ibu A.

Hasil dari perkahwinan A dan B, mereka dikurniakan 3 orang anak dan setiap kelahiran tersebut,si B telah memujuk ibu A untuk menanggung bil rawatan di pusat rawatan swasta yang mencecah ribuan ringgit pada setiap kelahiran. Si ibu A dengan niat ingin mengambil hati sanggup membayar bayaran tersebut dan mengotakan setiap impian B . Ibu A tidak tahu sebenarnya B berniat jahat pada setiap perbuatannya kerana B berniat untuk menguasai kekayaan ibu A secara halus. Melihatkan setiap permintaannya dilayan, B naik kepala dan bersikap seperti boss didalam rumah A sehingga A dan ibu A tunduk kepada B. Ibu A dipaksa menjaga kesemua anak-anaknya dan dia hanya tidur sahaja. Anak  B setiap pagi, makanan dan buku sekolahnya dibuat dan dibayar oleh ibu A. B juga membawa ibunya ke rumah A dan mereka akan bergembira didalam bilik sambil bercerita-cerita sambil membiarkan anak-anaknya dijaga oleh ibu A dan makanan pun disediakan oleh ibu A. Herankan..ada ibu ditarik hidung oleh menantunya sehingga demikian rupa..bila ditegur, semuanya B betul..takda silapnya.

Bila anak-anak kecil B ni dah semakin membesar, B memberitahu A dan ibu A bahawa dia ingin kerja untuk tambah duit. Ibu A membenarkannya kerja dengan semua anak-anaknya dijaga olehnya. B sangat happy dan hidup dia seperti anak dara kembali..pergi pagi, balik malam. Minggu berganti minggu, Ibu A menyuarakan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sudah tidak larat menjaga anak-anaknya kerana terlalu letih dan tiada masa untuk rehat. B mengamuk dan mengherdik ibu A tetapi si A hanya diam sahaja , tidak marah langsung kepada perlakuan B. Keluarga A sudah masuk campur dan porak perandalah seisi keluarga disebabkan B. B dengan angkuhnya telah meninggalkan rumah A bersama-sama anak-anaknya dan A sekali balik ke rumah ibu B. Dengan muka tidak malu, B telah menyuruh A membawa sekali semua permainan, baju , tilam, carpet milik ibu A ke rumah ibu B. Si A tanpa rasa bersalah mengikut sahaja permintaan B. Kereta yang dibawa oleh A adalah dibeli oleh ibu A untuk keselesaan mereka sekeluarga tetapi B dengan bangga mengatakan kereta itu dia punya dan A hanya menumpang sahaja nanti bila lesen memandu telah diperolehinya.

TIBA-TIBA....pada satu hari keluarga A menerima panggilan dari seorang lelaki (C).Suara lelaki ini begitu ketakutan dan terdesak untuk menemui keluarga A bagi menceritakan kisah B. Pertemuan C dan keluarga A telah membuatkan satu keluarga tersentap dan terkejut. Satu pengakuan dari C mengatakan B telah mengandungkan anak C hasil dari hubungan sulit B semasa bekerja dulu. Ibu A menangis mengeluarkan air mata kerana dalam tempoh kepayahan beliau menjaga anak-anak B, B telah melakukan satu hubungan terlarang hingga menghasilkan anak tanpa sah dari rahimnya buat kali ke-2. C membuat pengakuan kerana telah ditipu oleh B kerana B telah mengaku padanya bahawa dia dalam proses cerai dengan A dan 1001 cerita palsunya. Ribuan duit telah dihabiskan oleh C kepada B kerana kesian. C bukanlah lelaki kacak dan umurnya pun telah lanjut jadi apabila diberikan cinta pertama, C ingatkan B adalah cinta sejatinya kerana boleh menerima kekurangan C.

TETAPI...B hanyalah ingin mengikis duit dan harta C sahaja. C rasa bersalah kerana telah menjalinkan hubungan terlarang bersama B dan sanggup bertanggunjawab walau bagaimanapun B tidak mahu mengugurkan kandungan hasil hubungannya dengan C dan menganggap anak tersebut adalah hasil perkahwinannya dengan A. A tidak mengetahui perkara ini lagi kerana dia telah menganggap keluarganya hanya mereka cipta keburukan B ..............kawan-kawan..apa komen u all tentang perkara ini..apa solution yang terbaik????

Friday, July 22, 2011

CHELSEA 1 : MALAYSIA 0


Chelsea!! Chelsea!! Aku peminat Chelsea termasuk anak aku..malam tadi Drogba telah menjaringkan gol kemenangan. Permainan Chelsea memang di tunggu-tunggu walau apa pun, Malaysia tetap hebat kerana hanya membenarkan 1 jaringan saja dari Chelsea. Pada minit terawal permainan, Chelsea terus menyerang Malaysia dengan serangan hebat dari Torres tetapi pertahanan Malaysia sedaya upaya mengukuhkan benteng pertahanan. Aksi pemain-pemain Kuning Hitam ni semakin bagus, mungkin satu hari nanti ada antara pemain tempatan yang akan dipilih menyarung jersi untuk kelab-kelab hebat Eropah. Kadangkala terfikir juga , pemain seperti John Obi Mikel dari Nigeria walaupun dilahirkan dari Negara Nigeria yang dunia tahu antara negara miskin serta kekeringan dan terdapat masalah kebuluran tetapi telah melahirkan seorang pemain yang hebat untuk Chelsea. Jadi tiada apa yang mustahil untuk anak-anak Malaysia...jika ada kemahuan..pasti ada jalan..!!!! Hebat Harimau Malaya...Hebat Chelsea!!!...
just lin..

Thursday, July 21, 2011

Selamat Hari Jadi Ayahku


Selamat Hari Jadi ayahku yang ke 74 tahun. Semoga Allah panjangkan usia abah dan dimurahkan rezeki. Minggu ni aku akan balik kampung bersama keluarga untuk menjenguk abah dan mak dan seterusnya meraikan Hari Jadinya. Aku amat bersyukur kerana masih ada abah lagi yang boleh berkongsi suka dan duka....Banyak yang boleh dipelajari dari pengalaman beliau...sayang abah!!



Wednesday, July 20, 2011

Windows Movie Maker

Hari ini aku dapat belajar buat Windows Movie Maker guna Microsoft Vista. Wow...dari semalam baru siap hari ini tapi untuk tolong assignment anak darjah 5!! Hebatkan sekarang budak-budak nie...
Dulu masa aku darjah lima...semua ni tak terlintas langsung nak guna. Pasal Video dan gambar-gambar ni tak masuk dalam agenda kehidupan sebab masa tu..apa yang penting permainan Main Tayang, Main Batu Seremban, kayuh basikal keliling kampung dan main pondok-pondok...
Masa tu kat kampung aku..sibuk dengan kemunculan basikal BMX.. wahh!! siapa yang ada masa tu kira hebat...ronda satu kampung!! Aku bersekolah sekali dengan Azhar Sulaiman..dia memang hebat sebagai pelumba basikal jadi memang terkenallah zaman tu...
Aku dapat basikal BMX warna merah, kongsi dengan adik.Petang-petang apa lagi merayaulah kat kampung cari kawan ajak main. Best kalau ingatkan zaman sekolah dulu...tak pening-pening kan mak ayah dengan kerja sekolah tapi sekarang...emm kerja sekolah semuanya hebat..menggunakan komputer so kalau mak ayah tak tau...macamana kan???